Tuesday 24 February 2015

Sharing

KSSR Collect :
https://sites.google.com/site/kssrcollect/

FONT Collect :
-Chinese Font, Music Font etc..
https://sites.google.com/site/rikikofont/

Thursday 2 October 2014

RPH BM ( Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran ) *Seni Dalam Pendidikan*

Rancangan Pengajaran Harian

Kelas: 2 Mutiara - Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran

Mata Pelajaran:  Bahasa Malaysia

Tarikh:  25 Ogos 2014

Masa:  8.00 pagi hingga 8.30 pagi (30 minit)

Bilangan Murid: 5 orang


Bil.
Nama
Jenis masalah
Catatan
1.
Lee Yong Han
Sindrom Down
2.
Chan Yuen Ning
Slow Learner
3.
Taye Zhi Hui
Slow Learner
4.
Yong Jia Min
Hiperaktif
5.
Hii Siew Ling
Sindrom Down

Tema:                                                  Kesihatan dan Kebersihan

Tajuk:                                                 Persiapan ke sekolah

Standard Kandungan:                         3.3 Membaca frasa mudah   
Standard Pembelajaran:                     3.3.1 Membaca frasa mudah        
                    
Objektif Pembelajaran:                       
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat :     
(i) Membaca 3 daripada 5 frasa dengan sebutan yang jelas dan betul.
(ii) Memahami 3 daripada 5 maksud frasa dengan melakukan gerak aksi yang betul.

Pengetahuan Sedia Ada:                     
(i)   Murid telah menguasai kemahiran membaca perkataan.
(ii) Murid biasa mengamalkan amalan kebersihan diri dalam  kehidupan seharian mereka. 

Nilai: Berdikari, kesungguhan, bekerjasama dan keberanian

Terapi:   Motor kasar, motor halus, muzik, dan pertuturan

Bahan Bantu Belajar: Kain, besen, bahan dan alat sebenar(berus gigi, ubat gigi, sabun, baju, susu, roti), komputer riba, LCD, pembesar suara, slide power point, mounting board, pensel warna, alat dan kad gambar,

Elemen Merentasi Kurikulum:  Teknologi Maklumat Komunikasi (TMK), Kreativiti dan Inovasi



LANGKAH
ISI PELAJARAN
AKTIVITI PdP
CATATAN
Set induksi
(5 minit)
Menunjukkan alat dan bahan untuk menjaga kesihatan.
 



Soal jawab dengan murid.
Soalan
  i.    Adakah murid-murid menggunakan alat dan bahan yang ditunjukkan?
 ii.    Apakah kegunaan alat dan bahan yang ditunjukkan?
iii.    Mengapa perlu lakukan perkara tersebut?
Jangkaan Jawapan
  i.    Ya
 ii.    Gosok, cuci, pakai baju, makan, minum dan lain-lain
iii.    Menjaga kebersihan, bersedia untuk ke sekolah dan lain-lain
1.  Guru meletakkan satu besen berisikan berus gigi, ubat gigi, baju, roti dan susu yang ditutup dengan kain di hadapan murid.
2.  Seorang murid diarahkan untuk menarik kain tersebut.
3.  Murid memerhati alat dan bahan.
4.  Guru bersoal jawab dengan murid.
5.  Guru kaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran hari ini.
Teknik:
-       Soal jawab
Terapi:
-       Pertuturan
Nilai:
-       Bekerjasama, kerajinan
BBB:
-       Berus gigi, ubat gigi, sabun, besen baju, susu, roti, kain

Langkah 1
(10 minit)
Membaca frasa mudah
Lirik lagu “Bangun Pagi”
Bangun Pagi,
Gosok gigi,
Cuci muka,
Pakai baju.
Makan roti,
Minum susu,
Pergi sekolah,
Suka hati.

Didik hibur-menyanyi sambil melakukan senaman
Bangun Pagi
(Tangan buka ke atas)
Gosok gigi
(Aksi gosok gigi)
Cuci muka
(Aksi cuci muka)
Pakai baju
(Aksi pakai baju)
Makan roti
(Aksi makan)
Minum susu
(Aksi minum)
Pergi sekolah
(Berjalan 5 langkah ke hadapan)
Suka hati
(gerakkan badan kiri dan kanan dengan meletakkan dua belah tangan di tepi mulut)
1.   Murid memerhati lirik lagu pada tayangan slaid. 
2.   Murid-murid diminta mengenal pasti frasa  yang bergaris.
3.   Murid membaca frasa sambil melakukan gerak aksi dengan bimbingan guru.
4.   Setiap orang murid memperoleh satu kad gambar untuk digantung pada leher.
5.   Guru memainkan klip video “Bangun Pagi” sambil melakukan gerakan senaman lokomotor dan bukan lokomotor.
6.   Murid menyanyi bersama sambil melakukan gerakan berpandukan guru.


Teknik:
-       Belajar cara belajar

Terapi:
-       Pertuturan, Motor kasar, Motor halus, muzik
Nilai:
-       Bekerjasama, kerajinan, keberanian
BBB:
-       LCD, komputer, pembesar suara, kad gambar
Langkah 2
(10 minit)
Lembaran kerja dan aktiviti pengukuhan.
Lembaran kerja

 


1.    Murid-murid menerima  kad gambar  daripada guru.
2.    Murid-murid mewarnakan gambar tersebut dengan pensel warna.

3.    Murid-murid dikehendaki memadankan gambar dengan frasa pada mounting board.
4.    Guru menampal mounting board di papan kenyataan untuk tatapan murid.


Teknik:
-       Didik hibur
Terapi:
-       Motor halus
Nilai:
-       Bekerjasama, kasih sayang, kerajinan
BBB:
-       Kad gambar, mounting board, pensel warna
Penutup
(5 minit)
Kognitif



Sosial
1.       Guru merumuskan isi pelajaran dengan minta murid menyatakan frasa yang telah dipelajari bersama gerak aksi.
2.       Guru merumuskan sikap murid dengan memberi dorongan, pujian atau teguran.
3.       Setiap orang murid memperoleh susu dan roti sebagai ganjaran.
Teknik:
-       Soal jawab
Terapi:
-       Pertuturan
Nilai:
-       Bekerjasama
































































































































Refleksi


Semua orang murid telah memberi kerjasama yang baik dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Namun begitu, terdapat 2 orang murid yang masih tidak boleh membaca frasa mudah dengan sebutan yang betul. Aktiviti pemulihan akan dilaksanakan ke atas 2 orang murid tersebut.